Rakan Blogger

si hamba itu mengumam pada tuhannya

 
 Si hamba itu mengumam pada tuhannya.

si hamba itu mengumam pada tuhannya,
mengumam tentang keluh kesahnya,
bercerita mengenai sulitnya hidup bersama manusia.
merungut perihal payahnya berjuang dalam dunia yg penuh pendustaan,

si hamba itu mengumam lagi pada tuhannya,
bagaimana hari ini dia tersenyum bahagia,
mengumam lagi dan lagi,
bercerita tentang indahnya nikmat mu tuhan,
meminta agar diberi lagi saat2 dimana dia mampu untuk tersenyum,

si hamba itu mengumam pada tuhannya,
tentang sedihnya,
tentang senyumnya,
tentang setiap kecil perkara yg mungkin manusia anggap lucu,
atau perkara yg menghancurkan hatinya,
menghancurkan harapannya,

si hamba itu tetap mengumam pada tuhannya,
kerana dia tahu, hanya tuhannya, hanya ALLAH..
mahu mendengar, mampu membantunya,
setiap masa, sepanjang ketika, sesulit manapun, sepayah manapun,
kerana dia tahu, hanya tuhannya, hanya ALLAH,
adalah sahabatnya, adalah kekasihnya, adalah kenapa dia berjuang,
Dia adalah cinta pertama dan terakhir,
maka bagi hamba itu,
apa lagi yg dia perlukan selain tuhannya itu.

#jikaKauBenarBerjuangKeranaAllahmu
#makaApaYangKauPedulikanTentangBicaraBusukManusia
 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

0 pujian ikhlas: