Rakan Blogger

bagaimana ALLAH mendidikku melalui ujian-Nya..(tarbiyah itu indah)



"saya nak bunuh diri!! tak ada siapa yang dapat halang saya. ujian ni terlalu berat untuk saya. saya tak mampu"

"ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan dia mampu menghadapinya"(al-baqarah:286)

nauzubillahminzalik..begitu lah kebiasaanya seorang manusia yang putus asa mengakhiri masalahnya iaitu dengan kematian sedangkan mereka lupa bahawa ada kehidupan selepas mati iaitu kehidupan abadi..



assalamualaikum..bagaimana ALLAH mendidikku melalui ujian-Nya..kadang kala kita sering menganggapnya sebagai satu bala bencana sedangkan jika menelitinya dan memahaminya kita dapat mengerti bahawa itu salah satu tanda kasih ALLAH kepada kita.

sisi pandangan seorang  manusia..

ujian datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan yang mampu kita sedari atau pun tidak. ujian terbahagi dalam dua bahagian iaitu ujian zahir dan ujian batin.




Ujian zahir

ujian lahiriah ialah ujian yang dapat dilihat,dirasa dan dalam keadaan yang nyata.
ujian lahiriah biasanya bentuknya kepapaan, kemiskinan, kecatatan, kesusahan, kehilangan harta benda dan macam-macam lagi yang berbentuk kebendaan dan keduniaan. 

"adakah kamu akan menyangka bahawa kamu akna masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kalangan kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan(oleh bahaya musuh), sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: "bilakah(datangnya) pertolongan ALLAH?" ketahuilah bahawa pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH" (al-baqarah:214)


Ujian batin

ujian batin berbeza sama sekali dengan ujian zahir, apabila ujian zahir itu sendiri dapat dilihat dan dirasa keberadaannya, namun ujian batin kebih kepada hal yang lebih abstrak dan menyangkut paut dengan emosi. ALLAH mengirimkan ujian batin seperti pertelingkahan,pergaduhan atau perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia,,begitulah pendapat saya.

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman," (Al-Imran:139)


Ujian terDahsyat(yang kita lupa akannya)

namun ada satu lagi ujian ALLAH yang kebanyakan dari kita memandang remeh. iaitu ketika berpalingnya ALLAH dari kita.

"di antara tanda berpalingnya ALLAH ta'ala daripada seorang hamba adalah Dia akan menjadikan hamba tersebut sibuk dalam perkara yang tidak bermanfaat sebagai bentuk penghinaan baginya". 
--Hassan al-Basri dalam 'Jami'ul Ulum wal Hikam';1/294--

Bagi mereka yang memilki ALLAH dalam hati mereka, ujian inilah yang paling ditakuti berbanding 2 ujian keduniaan seperti diatas, ketakutan bagi mereka apabila ALLAH menyibukkan mereka dengan keseronokkan dunia. sedangkan bagi mereka berdampingan dengan ALLAH lah hal terindah meskipun harus kehilangan dunia dan isinya.

Ujian..Ujian..apa patut saya buat?

Ujian datang dari ALLAH dan akan kembali pada ALLAH jua,maka kita harus menjalaninya bersam-sama ALLAH. berserahlah kepada ALLAH kerana kita tak punya siapa-siapa selain dia, Dia lebih mengetahui apa yang ada didalam hati kita dan pengetahuan-Nya melebihi apa yang kita sendiri tahu. 

"dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaf: 16)

nah,mudahkan..serahkan segalanya pada Yang Memiliki Segalanya. 


Senangla cakap,kau tak hadapi apa aku tengah hadap ni!!

:)
Allah telah menyusun setiap perkara dengan sangat indah, termasuk ujian buat hamba-hamba-Nya. ALLAH memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan masing-masing. setiap makhluk bumi pasti mendapat ujian yang berbeza-beza termasuklah mereka yang diberi kesenangan oleh ALLAH secara berterusan dan tanpa mereka sedari itulah ujian buat mereka. Maka bersyukurlah bagi mereka yang masih mendapat ujian kerana ALLAH masih tidak berpaling dari memberi peringatan kepada kita.


FInaL toucH!! ----> Doa senjata Mukmin

jangan menilai sesuatu dengan menggunakan hati kerana terkadang hati di kawal oleh nafsu dan membuat kita hilang bertimbangan namun buatlah keputusan dengan akal kerana akal yang sihat dan matang mampu membuat sebaik-baik keputusan.

bagaimana ALLAH mendidik ku melalui ujian-Nya,kerana setiap ujian yang ALLAH beri pasti ada hikmah disebaliknya,mengajar kita lebih sabar dan tabah,, ALLAH tidak menjanjikan hidup ini mudah tetapi ALLAH beritahu bahawa sesungguhnya Dia amatlah dekat dengan kita, satu-satunya tempat mengadu segala rasa dan saksi setiap air mata yang tumpah.
 
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (MUHAMMAD) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendalah mereka itu memenuhi perintahku dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran" (al-baqarah:186)

"dan Tuhanmu berfirman. "berdoalah kepada-Ku, niscaya akan keperkenankan bagimu" (Gafir: 60)

semoga ujian-Nya membuat cinta kita kepada satu-satunya cinta semakin menebal..amin.




_pelangi setelah hujan_



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

4 pujian ikhlas:

★ aIsyaH ★ said...

ujian yang allah turunkan pd hambanya pasti ada hikmah disebaliknya..sekaligus merapatkan kite pada allah..^^

nice sharing:)

pelangi Ilahi said...

:)

Maid Maiden said...

tp pada masa yng sama kita kena gak cari jln penyelesaian kn???

ireminisces said...

Asalamu alaikum thanks for sharing :)
Cum shr sme luv at ireminisces latest bloglet:
*Letter Of Disappointment*