Rakan Blogger

tanda CINTA buat ALLAH

air mata bukan segalanya,
bukan pula untuk menagih cinta,
bukan juga untuk meminta simpati kasih,
hanya sekadar luahan kejujuran ,
aku rindu,
betapa sebelumnya,
aku belum pernah merasa begitu sebaknya,
sehingga membuat,
mataku buta,
telingaku tuli,
langkahku mati,
kerana betapa rindunya,
kerana aku benar-benar rapuh,
jujurku sungguh rentan,
mencari cahaya cinta yang selama ini menghilang,
bukan pada yang sementara,
tapi kekal selamanya,
bukan bualan kosong,
atau hanya kicauan burung bisu,
tapi benar-benar kurasakan,

mengungkapkan sesuatu memang mudah,
tapi amat sulit untuk merasakannya,
namun ini bukan sketsa diatas pentas lakonan,
bukan cerita dongeng pelipur lara,
tapi tali kasih abadi buat Dia,
tak mampu lagi menahan kerinduan,
hanya titisan-titisan gugur membanjiri hati,
kerana gundah rasa cinta ini tiada balasan,
tapi yakinku satu,
cinta-Nya tak pernah mengecewakan,
biar ku sendiri dalam diamku di dunia,
asalkan tak hilang kasih Dia,
kerana cukup hanya Dia,
membuat aku tenang menghadapi dunia,
meski lautan tangisan berdarah,
kerana mungkin ini,,
tanda cinta buat ALLAH..


_pelangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

kosong..

demi waktu yang berlari,
meninggalkan tenang jiwa,
berganti menjadi KOSONG,
aku yang dulu berusaha,
berlari,berjalan,merangkak,
hanya untuk meraih cahaya,
tapi setelah cahaya itu ditanganku,
aku biarkan ia padam.
aku endahkan kesempatan yang Dia berikan.
aku lalai dan lupa mendidik hati dan taqwa,
hingga ku rebah mencari cahaya,
meraba dalam gelapnya dunia,
tertawa dalam KOSONGnya jiwa,
aku hilang tenang itu,
aku hilang cahaya itu,
aku hilang cinta DIA,
aku KOSONG..KOSONG..KOSONG,,


meski kadang tak setia kepada-Mu,
namun dalam jiwa percayalah hanya Kamu.
satu pintaku dalam rintihku,
mohonku ingin kembali,
kembali dalam dakapan iman,
menyentuh indah cinta Dia,
aku tak mampu tanpa Dia,
Aku KOSONG jika begini,
maka aku mohon,
aku ingin kembali,
ku minta hati yang baru,
kerana hatiku yang dulu KOSONG,

apapun yang aku lakukan,
bukan kerana cinta pada diriku,
bukan kerana obses akan keinginanku,
bukan kerana mengejar duniaku,
bukan pula damba surga-Mu,
bukan juga gentar neraka-Mu,
cuma aku tak mampu,
cuma aku KOSONG tanpa cinta-MU..

tanda cinta buat ALLAH..

_pelangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya