Rakan Blogger

warkah hati untuk calon suamiku..

Assalamualaikum..w.b.t
warkah ini aku tujukan untuk calon suamiku yang aku tak tahu siapa dan dimana kau berada sekarang..
untuk calon suami yang telah ALLAH takdirkan untukku..bertemu denganku pada waktu yang tepat dan orang yang tepat..
calon suamiku..ku ingin kau tahu betapa aku sangat merindukan dan mengasihimu..


kasihnya aku bukan kerana keturunanmu..kerana apa yang ada dengan keturunan,,ia tak menentukan bertawqanya engkau kepada ALLAH..ia tak menentukan tingginya engkau disisi ALLAH.
kasihnya kau kepada engkau bukan pula kerana harta kekayaanmu..itu hanya pinjaman dan apabila Dia ingin mengambilnya..bila-bila masa Dia dapat melakukannya.
kasihnya aku bukan juga kerana rupa parasmu dan kacaknya engkau..kerana semuanya takkan kekal dan kan berubah seiring waktu..
aku juga tak miliki wajah secantik pelangi..seindah bulan purnama,dan tak menawan seperti matahari terbenam..
namun yang pasti akan ku jaga akhlakku..agar aku layak menjadi pendampingmu..
kasihnya aku kerana agamamu..agama yang kau pegang dan cintanya engkau kepada ALLAH,
jika hilang agama dari hatimu..maka hilang jualah kasihku kepadamu..
jika hilang cintamu kepada ALLAH maka hilang jualah kesetiaanku kepadamu..


wahai calon suamiku..
diri ini tak sempurna..cela di merata..
namun siapa aku mendamba kesempurnaan..sedangkan kesempurnaan hanya milik ALLAH..
yang mampu aku janjikan untukmu adalah kesetiaanku..


maafkan aku...
sebelumnya..telah ku tigakan cintaku untukmu..
kerana cintaku kepada ALLAH lebih besar berbanding cintaku untukmu..
dan kerana cintaku kepada kekasihku RASULLULLAH lebih besar berbanding cintaku untukmu..
dan moga kau lebih mencintai ALLAH dan RASULLULLAH berbanding aku..


wahai calon suamiku..
ku menerimamu..kelebihanmu..kekuranganmu..
dan terimalah aku..lebihnya aku..kurangnya aku..
kerana cintaku kepadamu hanya kerana ALLAH..


jadi..akan aku jaga diriku sebaik-baiknya..
akan aku jadi seperti epal yang tinggi di atas pokok..
siapa yang ingin memiliki dan mendapat aku..maka harus dia berusaha..
bukan seperti epal yang berada di bawah..yang mudah digapai oleh sesiapa..
akhir kata..akan ku tunggu hadirnya engkau dengan penghambaanku kepada ALLAH..
moga ALLAH mempertemukan kita dan menyatukan kita di bawah lindungan rahmat-NYA


waalaikumusalam..w.b.t


_peLangi setelah hujan_

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

0 pujian ikhlas: