Rakan Blogger

Rindu Seorang Hawa


Rinduku seorang hawa..
ketika bulan menjenguk malam,
ku sendiri di dalam jaga,
menyesali hati yang telah dicuri,
sedangkan ingin ku hanya milik ILAHI,
tak banyak dapat ku buat,
hanya doa dapat kupanjat,
moga ALLAH mematikan rasa ini,
kerana ia hanya mengundang derita dan kecewa,
sedangkan bagiku cinta ALLAH jua yang paling utama,

Rindu seorang hawa atau?
Rindu seorang hamba?
hati ini memilih Allah sebagai yang pertama dan terakhir,
namun terkadang syaitan lebih bijak,
mengusik,memperdaya hati yang rentan ini,
sedangkan aku tak berdaya,
melupus ingatan tentang dia,
hanya kepada Allah jua kuserah segalanya,
agar Dia dapat menunjukkan jalan sebenar,
dimana hidupku adalah sebagai hamba sahaya,
tiada kuasa dan kudrat menentukan,
siapa pemilik hati ini..


Rindu seorang hawa,
kudrat ku lemah,
aku tahu,
fitrah ku memang begitu,
tapi silapku,
membuka pintu,
sehingga fitnah itu datang masuk menjenguk,
menerobos ruang taqwa,
yang tinggal hanya kepingan iman,
yang cuba kukutip,
dan kusatukan kembali,
gundahku rasa ini mengundang murka-Nya,

Perjuangan ini,
akan kusembunyikan,kusimpan dalam-dalam,dan cuba kubersabar,
kerana ALLAH mengetahui apa yang tidak ku ketahui,
biar sendiri hingga akhir hidup,
asal kasih-Nya akan sentiasa menaungi diri,
kerana tiada cinta sebaik miliknya...

                      _peLangi setelah hujan_




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

0 pujian ikhlas: