Rakan Blogger

pantai hati seorang hamba..



Ya Allah,
betapa sulitnya hati ini tegar,
betapa sukarnya hati ini untuk menerima,
dugaan dan cabaran,
yang sering kali menjenguk,
mengetuk ruang hati,
mengoncang keimanan.
menduga kesabaran,
terkadang,
mahu sahaja aku kalah,
mahu sahaja aku pasrah,
namun mengenang hidupku untuk berjuang di jalan-Mu,
ku tabahkan jua,

Ya Allah,
berilah kekuatan,
berilah kesabaran,
hanya dengan kekuatan-MU,aku kuat..
hanya dengan kesabaran-MU,aku sabar..
untuk menjenguk esok hari,
yang bakal aku jalani,
entah bagaimana,
sedangkan lautan hari ini bergelora,
bagaimana pula seterusnya,
adakah bakal tenang,
atau menghancurkan pantai hati,
sudah ku serahkan arus lautah kehidupanku,
hanya pada-MU,
moga Engkau tak sekali,
biarkanku lena dibuai mimipi,

Ya Allah,
terima kasih atas dugaan-MU,
kerana ia buatku tidak hanyut,
buatku terjaga,bangun dan sedar dari lamunan panjang,
aku tak sendiri,
aku masih ada ALLAH..

Ya Allah,
sungguh biarpun,
berjuta hempasa ombak,
memukul pantai hati,
menghancurkan kapal iman,
tetap ku kukuhkan kembali,
dinding-dinding cinta,
ku tutup rongga-rongga keputus-asaan
kerana hanya nama-MU,
dan dengan cinta kasih-MU
mampu buatku tersenyum kembali,
di tengah lautan ini..

_pelangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

2 pujian ikhlas:

Anak Tabuan Comot said...

slm..
nice!ATC ske sgt..kalo free tgk2 la ATC ye..hehehe

pelangi said...

ok..:)