Rakan Blogger

Khutbah Terakhir Rasullulah

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Trikh:9hb. Zulhijjah tahun10 Hijriah

tempat:Lembah Uranah,Gunung Arafah

wahai manusia,dengarlah baik baik apa yang hendaaku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu
semua selepas tahun ini, wahai manusia, sepertimana kamu menggangap bulan ini,dan kota ini sebagai suci, maka anggaplaj jiwa 
dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

janganlah sakiti sesiapa pun,agar orang alain tidak menyakiti kamu pula. ingatlah bahawa sesungguhnya kamu kan menemui Tuhan
kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amaln kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia telah berputus asa untuk menyesatakn kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. sekiranya mereka meyempyrnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalm suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesunghnya mereka adlh teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah sama seklai itidak boleh memasukkan orang yg tidk kamu sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.


wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH,dirikan sembahyang lima kali sehari. berpuasalah di bulan ramadhan, dan tunaikan zkat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara-saudara muslim yang lain. kamu semua adlah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalm taqwa dan Beramal Soleh.

Ingatlah,bahawa kamu kan menghadap Allahpada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. oleh itju, awasilah agar janagn sekali-sekali kamu terkeluardari landasan kebenaran selepas ketiadaan, wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamlah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengukit kedua-keduanya,
nescaya kamu tidak kan tersesat selam-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah oranag lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU



_peLangi setelah hujan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

0 pujian ikhlas: