Rakan Blogger

demi sebuah pengharapan..

IKHLAS...
mampukah kita ikhlas..apakah kita benar memahami erti IKHLAS yang sebenar..??
ikhlas..bermaksud..melakukan sesuatu kerana ALLAH tanpa meminta balasan daripada manusia atau dunia(tu definisi pelangi la about dis topic)
pelangi nak supaya sahabat faham mengenai ikhlas supaya ungkapan ikhlas bukan sekedar mainan bibir tapi benar2 dirasakan dalam hati,,

IKHLAS..susah ke..
susah kalau kita tak faham dan tak nak faham mengenai keikhlasan
senang kalau kita melakukan segala apa pun kerana ALLAH..

ikhlas..melakukan sesuatu kerana ALLAH tanpa meminta balasan daripada manusia..
contoh ikhlas..
-memberi sesuatu tanpa meminta dibalas namun hanya pengharapan agar redha ALLAH digapai..
mengenai hal ini..pelangi nak beri contoh mengenai sedekah atau memberi sesuatu berbentuk konkrit kepada seseorang..
ikhlas..tak perlu ada orang lain yang mengetahui..
"menghindari tangan kiri mengetahui apa yang dilakukan tangan kanan"
biar ALLAH yang menilai..sejauh mana keikhlasan kita..atau sekedar untuk mendapat perhatian manusia semata..ketahuilah ALLAH memegang setiap hati..

seterusnya..suka pelangi nak terangkan mengenai hati dan perasaan..
adakah kita ikhlas menyanyangi seseorang..??
benarkah kita benar-benar ikhlas??
"aku ikhlas cintakan dia..kenapa dia tak terima cinta aku,aku ikhlas??!"
erm..tak..tak..ni bukan ikhlas..
kerana masih mengharap balasan dari manusia..
mujahiddahlah kerana ALLAH..
kerana ALLAH takkan berdiam diri dan tidak membalas pengorbanan hamba2-Nya..
jadi ikhlas untuk konteks ini..
mencintai kerana ALLAH...apabila orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita..
ikhlas..pengharapan pada ALLAH itu lebih indah..

pelangi suka nak kongsi kisah seorang hamba ALLAH..
yang memiliki hati yang cukup kuat..
mujahiddah melawan nafsu..
dia..mencintai seorang lelaki layaknya manusia lain yang memiliki fitrah jiwa yang rapuh dan mudah lemah dengan perasaan..
hatinya cukup lembut dan mudah dilentur hampir terluka..
mencintai seorang lelaki..perkara biasa...namun ikhlasnya dia..
dia sanggup ditolak lamarannya oleh lelaki tersebut..
dan dengan senyuman di menerima penolakan tersebut..baginya cintanya untuk mendapat keredhaan ALLAH..namun apabila ALLAH tidak mengizinkan dia..maka pasrah atas segala-galanya adalah lebih baik..kerana ALLAH ada rencana sendiri..
sekali dengar...perempuan lamar lelaki..
ya..kerana tak ingin cinta menjadi dosa..maka lebih baik sah untuknya..
kerana bukan dia tidak tahu malu tapi dia tahu apa yang dia mahu..
kembali kepada IKHLAS..
dia ikhlas menerima takdir ALLAH kerana pasti ada jambatan lain untuknya menuju cinta ALLAH..

so..apa yang pelangi nak beri tahu..
ikhlas tu memang senang apabila kita mengembalikan segalanya kepada ALLAH..
jadi ikhlaskan diri menjadi hambanya..

senyuman paling indah adalah senyuman orang yang masih mampu tersenyum walau ada luka dalam di dalam hatinya......

_peLangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

0 pujian ikhlas: