Rakan Blogger

demi sebuah pengharapan..

IKHLAS...
mampukah kita ikhlas..apakah kita benar memahami erti IKHLAS yang sebenar..??
ikhlas..bermaksud..melakukan sesuatu kerana ALLAH tanpa meminta balasan daripada manusia atau dunia(tu definisi pelangi la about dis topic)
pelangi nak supaya sahabat faham mengenai ikhlas supaya ungkapan ikhlas bukan sekedar mainan bibir tapi benar2 dirasakan dalam hati,,

IKHLAS..susah ke..
susah kalau kita tak faham dan tak nak faham mengenai keikhlasan
senang kalau kita melakukan segala apa pun kerana ALLAH..

ikhlas..melakukan sesuatu kerana ALLAH tanpa meminta balasan daripada manusia..
contoh ikhlas..
-memberi sesuatu tanpa meminta dibalas namun hanya pengharapan agar redha ALLAH digapai..
mengenai hal ini..pelangi nak beri contoh mengenai sedekah atau memberi sesuatu berbentuk konkrit kepada seseorang..
ikhlas..tak perlu ada orang lain yang mengetahui..
"menghindari tangan kiri mengetahui apa yang dilakukan tangan kanan"
biar ALLAH yang menilai..sejauh mana keikhlasan kita..atau sekedar untuk mendapat perhatian manusia semata..ketahuilah ALLAH memegang setiap hati..

seterusnya..suka pelangi nak terangkan mengenai hati dan perasaan..
adakah kita ikhlas menyanyangi seseorang..??
benarkah kita benar-benar ikhlas??
"aku ikhlas cintakan dia..kenapa dia tak terima cinta aku,aku ikhlas??!"
erm..tak..tak..ni bukan ikhlas..
kerana masih mengharap balasan dari manusia..
mujahiddahlah kerana ALLAH..
kerana ALLAH takkan berdiam diri dan tidak membalas pengorbanan hamba2-Nya..
jadi ikhlas untuk konteks ini..
mencintai kerana ALLAH...apabila orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita..
ikhlas..pengharapan pada ALLAH itu lebih indah..

pelangi suka nak kongsi kisah seorang hamba ALLAH..
yang memiliki hati yang cukup kuat..
mujahiddah melawan nafsu..
dia..mencintai seorang lelaki layaknya manusia lain yang memiliki fitrah jiwa yang rapuh dan mudah lemah dengan perasaan..
hatinya cukup lembut dan mudah dilentur hampir terluka..
mencintai seorang lelaki..perkara biasa...namun ikhlasnya dia..
dia sanggup ditolak lamarannya oleh lelaki tersebut..
dan dengan senyuman di menerima penolakan tersebut..baginya cintanya untuk mendapat keredhaan ALLAH..namun apabila ALLAH tidak mengizinkan dia..maka pasrah atas segala-galanya adalah lebih baik..kerana ALLAH ada rencana sendiri..
sekali dengar...perempuan lamar lelaki..
ya..kerana tak ingin cinta menjadi dosa..maka lebih baik sah untuknya..
kerana bukan dia tidak tahu malu tapi dia tahu apa yang dia mahu..
kembali kepada IKHLAS..
dia ikhlas menerima takdir ALLAH kerana pasti ada jambatan lain untuknya menuju cinta ALLAH..

so..apa yang pelangi nak beri tahu..
ikhlas tu memang senang apabila kita mengembalikan segalanya kepada ALLAH..
jadi ikhlaskan diri menjadi hambanya..

senyuman paling indah adalah senyuman orang yang masih mampu tersenyum walau ada luka dalam di dalam hatinya......

_peLangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Jika Aku Jatuh Hati


jika aku jatuh hati..maka berikan hati ini buat dia yang mencintai-MU..

doa pencari cinta ilahi dan insani..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

warkah hati untuk calon suamiku..

Assalamualaikum..w.b.t
warkah ini aku tujukan untuk calon suamiku yang aku tak tahu siapa dan dimana kau berada sekarang..
untuk calon suami yang telah ALLAH takdirkan untukku..bertemu denganku pada waktu yang tepat dan orang yang tepat..
calon suamiku..ku ingin kau tahu betapa aku sangat merindukan dan mengasihimu..


kasihnya aku bukan kerana keturunanmu..kerana apa yang ada dengan keturunan,,ia tak menentukan bertawqanya engkau kepada ALLAH..ia tak menentukan tingginya engkau disisi ALLAH.
kasihnya kau kepada engkau bukan pula kerana harta kekayaanmu..itu hanya pinjaman dan apabila Dia ingin mengambilnya..bila-bila masa Dia dapat melakukannya.
kasihnya aku bukan juga kerana rupa parasmu dan kacaknya engkau..kerana semuanya takkan kekal dan kan berubah seiring waktu..
aku juga tak miliki wajah secantik pelangi..seindah bulan purnama,dan tak menawan seperti matahari terbenam..
namun yang pasti akan ku jaga akhlakku..agar aku layak menjadi pendampingmu..
kasihnya aku kerana agamamu..agama yang kau pegang dan cintanya engkau kepada ALLAH,
jika hilang agama dari hatimu..maka hilang jualah kasihku kepadamu..
jika hilang cintamu kepada ALLAH maka hilang jualah kesetiaanku kepadamu..


wahai calon suamiku..
diri ini tak sempurna..cela di merata..
namun siapa aku mendamba kesempurnaan..sedangkan kesempurnaan hanya milik ALLAH..
yang mampu aku janjikan untukmu adalah kesetiaanku..


maafkan aku...
sebelumnya..telah ku tigakan cintaku untukmu..
kerana cintaku kepada ALLAH lebih besar berbanding cintaku untukmu..
dan kerana cintaku kepada kekasihku RASULLULLAH lebih besar berbanding cintaku untukmu..
dan moga kau lebih mencintai ALLAH dan RASULLULLAH berbanding aku..


wahai calon suamiku..
ku menerimamu..kelebihanmu..kekuranganmu..
dan terimalah aku..lebihnya aku..kurangnya aku..
kerana cintaku kepadamu hanya kerana ALLAH..


jadi..akan aku jaga diriku sebaik-baiknya..
akan aku jadi seperti epal yang tinggi di atas pokok..
siapa yang ingin memiliki dan mendapat aku..maka harus dia berusaha..
bukan seperti epal yang berada di bawah..yang mudah digapai oleh sesiapa..
akhir kata..akan ku tunggu hadirnya engkau dengan penghambaanku kepada ALLAH..
moga ALLAH mempertemukan kita dan menyatukan kita di bawah lindungan rahmat-NYA


waalaikumusalam..w.b.t


_peLangi setelah hujan_

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

sempurna-Andra and the backbone(cover)

Kau begitu sempurna,
dimataku Kau begitu indah,
Kau membuat diriku akan selalu memuja-Mu

disetiap langkahku,
kukan selalu memikirkan diri-MU,
tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cinta-MU...

janganlah Kau tinggalkan diriku,
takkan mampu menghadapi semua,
hanya bersama-Mu ke akan bisa,

Kau adalah darahku,
Kau adalah jantungku,
Kau adalah hidupku...
lengkapi diriku..
oh ALLAHku..Kau begitu..
sempurna..sempurna..

Kau 'gengam' tanganku,
saat diriku lemah dan terjatuh,
Kau 'bisik'kan kata,
dan hapus semua sesalku..

janganlah Kau tinggalkan diriku,
takkan mampu menghadapi semua,
hanya bersama-Mu ku akan bisa,

Kau adalah darahku,
Kau adalah jantungku,
Kau adalah hidupku...
lengkapi diriku..
oh ALLAHku..Kau begitu..
sempurna..sempurna..

dedicated to my beloved ALLAH...<3

_peLangi setelah hujan_

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

rintihan hati umat MUHAMMAD



dakwah itu menjadi tangungjawab setiap yang memegang kalimah LAILAHAILALLAH..
tapi hal itu hanya tinggal sebagai kata-kata kosong atau bualan kosong..
apabila ditanya tentang dakwah..
jawab mereka.
.bukan tanggungjawab aku la..aku muda..suruh la yg da tua..
aku tak ada ilmu..nnti salah cakap..
aku tak mampu..aku tak alim macam orang lain...

tapi mampu ke kita melihat??

tika islam yang mudah dipersulitkan..
tika islam yang mudah itu dipermudah-mudahkan..
tika perempuan tak mengenal erti malu,
wajahnya tidak lagi menjadi rahasia tetapi santapan mata pria,
tika para remaja yang seharusnya berjuang fisabillilah,
menjadi hamba cinta dunia dan jauh dari ALLAH,
tika tangisan para ulama tak kedengaran dek kesedihan yang tak mampu dibendung,
melihat kemungkaran menjadi hal biasa,
tika dinding masjid lebih banyak dari jemaahnya,
laungan azan seolah radio buruk,
tika manusia lebih terdorong mengejar dunia daripada menyahut seruan azan,
tika urusan kahwin dipersulitkan hingga ramai bayi terkorban,
ibu bapa termakan hasutan barat sehingga hancurnya anak2,
tika ibadat dibuat dengan badan tidak dengan hati,
tika semua makhluk ALLAH bosan dengan islam..
dan memilih jalan mudah....

aku hanya mampu merintih ketika melihat semuanya..
hanya pada ALLAH jua aku serahkan segalanya..
kerana Dia mengetahui apa yang tidak aku ketahui...
_peLangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Sami Yusuf - Asma Allah

betapa indahnya nama-Mu..hingga air mata pun tak mampu mengusir kepiluan..





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

kahwin?? muda lagi la...2



kahwin..muda lagi??
adakah itu alasan yang dijadikan untuk ber'couple'
no..no..pelangi tak setuju..
so..check it out..





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

kahwin?? muda lagi la...



kahwin...tuntutan Rasullullah..
kahwinlah kerana ALLAH..
untuk mengelakkan zina..zina zahir..hati..mata..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Nyanyian yang mengejutkan penonton







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

cinta..sape kate tak boley??

Assalamualaikum..
asyik buat puisi je..kadang-kadang orang tak faham yang puitis2 ni..
lebih suka yang 'straight' katanya..
CINTA..remaja suka kalau bercakap tentang tajuk ni..ada yang merah pipi...tersipu malu...mulalah bayang kekasih hati yang tersayang..
rindu pulak datang menjelma...
tapi berapa banyak remaja yang bile sebut pasal cinta terus ingat pada ALLAH..
buleh kire dengan jari kot..
tapi ALLAH pesan..bersangka baiklah..(banyak kot)
hari ni teringin pulak nak bincang pasal cinta..
ada orang cakap kalau terlalu ingat cinta manusia,tak ada iman katanya..
bukan.........,sekadar untuk memperingatkan diri sendiri..

the Story begin


Ana ad seorg sahabt..nme dirahasiakan..
ada cerita pasal cinta dan kaple haram..
dan tawu ape...
dy terkejut saaaaaaangat..seolah2 pertama kali dengar hakikat ni..
sedih bercampur risau..
sedih sebab dia tak tahu dan risau sebab apa nak jadi dengan remaja islam sekarg.
Alhamdulilah..dia nak bg telinga dia untuk dengar ana membebel..
ermm..bahagianya dapat sampaikan sesuatu kt org lain..
dia jadi tkot..ana pun ckp..beruntung bagi mereka yang tkot melakukan kemungkaran..
die tnye..nk buat apa..ana jwb je...serahkan semua pada ALLAH...

hakikatnya memg mcm tu..serahkan semuanya pada ALLAH..tapi bukan bermakna goyang kaki duduk diam..
tapi usaha jaga hati,nafsu dan syaitan..

tu baru MUQADDIMAH JE....:)

yang ana nk ckp kt sni sebenarnya pasal cinta SEJATI la...
okeyh..apa mksud cinta SEJATI..cinta yng kekal abadi smpai bile2..
d' question is: cinta manusia sejati?
answer:tak sebab orang tu boleh tigglkn kite bile2 dy nak..sbb kite bkn ley tambat dy kt tiang tak bagi dia lari..tol x..

so...sape???
MUDAH..ALLAH la..
jom fikir kejap..

1.pernah tak ALLAH tinggalkan kite??
tak..sebab nengok ap yg ad pada kita skrg..ad mata,telinga,mlut..lengkap..so xde alsn utk xbrsyukur..Allah sntiasa ad utk kte,,wlupun kite xbosan2 buat dosa dn buat Allah kecewa dgn kita..tapi Dia tetap bg ksempatan kite utk hdup lg..bule je Dia xbg kte ksmptn nk hrup oxygen lg kn..kn..kn..

2.pernah tak Allah kecewakn kte?
tak sebab Allah ad berfirman..mafhumnya 
"Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." surah Ghaafir:60
so..dh terbukti..
cumaaaa...kdg2..bila kte doa dekat Dia..Dia tak bagi terus dpn mta..sbb Dia tahu wktu dan msa yg sesuai nk bg kite..ataauuu...kalau Dia tak kabulkan doa kite..sbb Dia yg nk bg yg lebih baik daripada ap yg kite minx..so no regret to be with HIM..
nk alsn lg..ley tnye dalm komen..

so..how about HUMAN??
tinggalkan..pastinya
kecewakan..sebilangan besarnya..

so u choose...

Seterusnya...sape lagi yg cintakan kita??
of coz..RASULLULLAH s.a.w

kenapa pulak??(soalan pelik untuk seorg yg da berpangkat muslim ye)
ermm...nk tak nk..kena jwb..
so we talk with proove..

kite umat akhir zaman..xde da umat slpas kita...
Baginda telah mengorbankan lebih dari hidup baginda untuk kite umatnya yg amat baginda cintai..
tapi dimana kita,,
adakah kita mlksanakn sunnahnya?..ap sunnahnya yg kita tahu?..adkh kita kenal shbt baginda?..adkh kita thu ap yg baginda suka?..enth2..biodata asas baginda pon kite tak hafal..
hah..jwb..jwb..xperlu jwb kt org sebelh..ckup tnye dri sndri..

BUKTI baginda mncintai kita(rsanya sume org da thu kot)

1.kisah bukit taif..kepala baginda telah berdarah hingga mengalir ke hujung kaki dan apabila baginda berjaln para shbt mndengar bunyi decakan air dlm ksut bginda..lalu jibril ingin menerbalikkan bukit taif agar umatnya yg derhaka akn mrasa azab..tapi kasihnya baginda pada kita..baginda melarang jibril melakukannya..dan baginda hanya berdoa agar pnduduk taif mndpt hidayah..doa baginda telh mnyebabkn semua pnduudk lngit menngis...(dlm hti ckp:ohye..kesiannye..lpas tu pgri buat mksiat lg..ermmm..nauzubillah)

2.wktu di padg mahsyar,baginda telah menyiapkan telaga untuk kita umatnya minum..

3. wktu baginda akn mnutup mata untuk selamanya,swktu bertarung dgn maut..masih menyebut..ya ummati,ya ummati,ya ummati..

erm.....so aplg kte nk eak??
tak cukupkah cinta yang begitu besar yg Allah dan Rasullullah beri..
betapa pengorbanan yg kte pon xdpt buat untk kekasih hati kite..

sabda Rasullullah "bargsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya,menjaganya, dan bersabar,Allah kan mengampuni dosanya dan memasukkan ke dalam syurga"
macam saidatina fatimah dan ali yg saling mncintai dalam dia...Akhirnya Allah menyatukan mereka dalam ikatan yg sah..sweeet kan....:)

konklusi...
sahabat..cinta tu fitrah manusia yang Allah sendiri kurniakan kepada kite..tp menzahirkannya yg haram pd yg hram..jd cintailah yg layak dicintai dan yg hak bagimu...
pintu maaf ALLAH tak pernah tertutup..jgn risau..

La tahzan,innallaha'maanna..Jangan bersedih,Allah sentiasa bersamamu..

sekadar coretan..wallu'alam..

_peLangi setelah HUjan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Rindu Seorang Hawa


Rinduku seorang hawa..
ketika bulan menjenguk malam,
ku sendiri di dalam jaga,
menyesali hati yang telah dicuri,
sedangkan ingin ku hanya milik ILAHI,
tak banyak dapat ku buat,
hanya doa dapat kupanjat,
moga ALLAH mematikan rasa ini,
kerana ia hanya mengundang derita dan kecewa,
sedangkan bagiku cinta ALLAH jua yang paling utama,

Rindu seorang hawa atau?
Rindu seorang hamba?
hati ini memilih Allah sebagai yang pertama dan terakhir,
namun terkadang syaitan lebih bijak,
mengusik,memperdaya hati yang rentan ini,
sedangkan aku tak berdaya,
melupus ingatan tentang dia,
hanya kepada Allah jua kuserah segalanya,
agar Dia dapat menunjukkan jalan sebenar,
dimana hidupku adalah sebagai hamba sahaya,
tiada kuasa dan kudrat menentukan,
siapa pemilik hati ini..


Rindu seorang hawa,
kudrat ku lemah,
aku tahu,
fitrah ku memang begitu,
tapi silapku,
membuka pintu,
sehingga fitnah itu datang masuk menjenguk,
menerobos ruang taqwa,
yang tinggal hanya kepingan iman,
yang cuba kukutip,
dan kusatukan kembali,
gundahku rasa ini mengundang murka-Nya,

Perjuangan ini,
akan kusembunyikan,kusimpan dalam-dalam,dan cuba kubersabar,
kerana ALLAH mengetahui apa yang tidak ku ketahui,
biar sendiri hingga akhir hidup,
asal kasih-Nya akan sentiasa menaungi diri,
kerana tiada cinta sebaik miliknya...

                      _peLangi setelah hujan_




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Khutbah Terakhir Rasullulah

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Trikh:9hb. Zulhijjah tahun10 Hijriah

tempat:Lembah Uranah,Gunung Arafah

wahai manusia,dengarlah baik baik apa yang hendaaku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu
semua selepas tahun ini, wahai manusia, sepertimana kamu menggangap bulan ini,dan kota ini sebagai suci, maka anggaplaj jiwa 
dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

janganlah sakiti sesiapa pun,agar orang alain tidak menyakiti kamu pula. ingatlah bahawa sesungguhnya kamu kan menemui Tuhan
kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amaln kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia telah berputus asa untuk menyesatakn kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. sekiranya mereka meyempyrnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalm suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesunghnya mereka adlh teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah sama seklai itidak boleh memasukkan orang yg tidk kamu sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.


wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH,dirikan sembahyang lima kali sehari. berpuasalah di bulan ramadhan, dan tunaikan zkat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara-saudara muslim yang lain. kamu semua adlah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalm taqwa dan Beramal Soleh.

Ingatlah,bahawa kamu kan menghadap Allahpada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. oleh itju, awasilah agar janagn sekali-sekali kamu terkeluardari landasan kebenaran selepas ketiadaan, wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamlah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengukit kedua-keduanya,
nescaya kamu tidak kan tersesat selam-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah oranag lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU



_peLangi setelah hujan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

sabarlah duhai hati..

Sabarlah Duhai Hati


Duhai hati,
perjalanan hidupmu penuh dugaan,
sering kali godaan mengetuk pintu imanmu,
kau cuba untuk lari,
namun terkadang kau tewas,
memberi laluan-laluan dusta,
hingga kau terjebak ke curang cinta manusia yang sementara,
namun Allah Maha Pemaaf dan menerima taubat,
kau kembali menutup pintu itu kembali,
agar kau tetap terjaga seperti sedia kala,

Duhai hati,
kau ku kurung dalam sangkar cinta ILAHI,
agar tak gentar kau hadapi hidup,
agar tak gusar menghadapi mati,
menongkah badai dosa yang cuba mencuit secebis kesempatan,
melawan arus nafsu yang kadang meruntuhkan dinding taqwa,
namun tanpa kecewa kau kembali lagi pada-NYa,
kerana kau percaya ada maaf untukmu,

Duhai hati,
kau dayung lagi sampan sabar itu,
agar dapat kau bertemu dengan Kekasihmu di penghujung jalan,
kerana dalam hatimu hanya ada DIA,
sentiasa berdoa agar selamanya tetap dia,
takkan mengalah meski ombak pasti menghancurkan sampan kecilmu,

fitrah kau kuakui,
ingin mencintai dan dicintai bagi yang hak dan halal buatmu,
Duhai hati,
sekuat mana pun dikau,
segalanya sudah urusan ALLAH,
maka bersabarlah dan berdoa,
cinta akan menemukan jalannya sendiri,
tertakdir kau takkan sendiri,
ada cinta lain untukmu nanti,
namun jaga suci dirimu,
agar kau dapat hati lain yang akan menjagamu,
sabarlah Duhai Hati,
Allah Maha Mengetahui,apa yang tidak kau ketahui,
pasrahkan pada-Nya,
dirimu menjadi urusan-Nya..
_peLanGi setelah hujan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

sang pencerah..

Sang Pencerah..

Sang pencerah.
hadirnya membawa cahaya,
segenap alam bersyukur atas lahirnya manusia mulia,
sedari kecil berakhlak mulia,
tak bicara tanpa ada perlunya,
membesar dengan kasih sayang,
meski yatim piatu tak berayah tak beribu,
tak membuatnya putus asa dan kecewa,
kerana baginya harapan pasti ada,

Sang pencerah,
membesar dengan peribadi terpuji,
wajah bercahaya,
hingga bulan pun cemburu padanya,
apalagi bintang yang tak pernah jemu memujinya sambil bertasbih pada Allah,
kerendahan hatinya,
meluluhkan hati setiap insan disampingnya,
masa remaja yang tak pernah dibazirkan,
wajah yang tak pernah tunduk pada batu tak bernyawa,

Sang pencerah,
hati dicuci bersih seputih salju,
pertama kali bertemu si cahaya,
tubuh bergetar,jiwa bergoncang,
si isteri menjadi peneman sepi kala hati mencari kekuatan rohani,
namun tak gentar sentiasa berani,
redha menerima kenyataan dialah yang TERPILIH,
kalam Allah di sampaikan kepada umatnya,
meski terukir penderitaan dalam lembaran sejarahnya,
tetap berjuang kerana cintanya hanya satu,
Allah yang Esa,

Sang pencerah,
lengkaplah kalam Allah,,
menjadi panduan umat sepanjang zaman,
sebagai teman,
penunjuk jalan menuntun langkah,
berakhirlah tugas sang pencerah,
membawa duka di hati sahabat,
mengetahui dia akan meninggalkan mereka untuk bertemu,
bersama di surga,

Sang pencerah,
wafatnya engkau menusuk relung sahabatmu,
membawa kedukaan seluruh penduduk langit dan bumi,
si cahaya tak mampu menatapmu,
sakitnya kematian izrael mencabut nyawamu,
bibirmu masih mengingat kami,
ummati..ummati..ummati..
cintamu tak berbelah bagi,
hingga kini engkaulah cahaya,
Sang Pencerah..






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

akukah pelangi..

akukah pelangi..
jangan mengeluh awan yang hitam. siapa tahu selepas reda, ada pelangi indah menanti kita.



Pelangi..
hadirnya hanya setelah hujan,
mengemis cinta dari awan,
menagih kasih dari mentari,
berharap akan kekal dan tak menghilang,
namun suatu ketika,
ia akan tetap bersembunyi disebalik keindahannya,
kerana ia begitu berharga,

Pelangi..
Hadirnya hanya setelah hujan,
indahnya memberi ketenangan,
bukan mudah untuk melihatnya,
hanya yang istimewa dan terpilih,
mampu mencedok setitis kebahagiaan bersamanya,
kerana dia amat berharga,
ia jaga keindahan warnanya,
agar tak di calari titisan hujan,


Pelangi,
hadirnya hanya setelah hujan,
tidak pula sempurna,
meski indah mengalahkan segala,
kerana ia tetap menunggu hujan,
untuk bermanfaat untuk yang lainnya,
masih memiliki kekurangan dan hina,
ia tetap pelangi yang bisu,

Pelangi,
hadirnya hanya setelah hujan,
tidak ingin dicaci,
bukan pula ingin dipuji,
berharap ada yang tulus mengagumi diri,
bukan hanya di pandangan mata,
tapi terus dari dasar jiwa,
kerana mata adalah pembohong besar,
kerana pelangi tetap makhluk ALLAH yang lemah,
masih bergantung harap pada yang ESA,
akukah pelangi..

_pelangi setelah hujan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

pantai hati seorang hamba..



Ya Allah,
betapa sulitnya hati ini tegar,
betapa sukarnya hati ini untuk menerima,
dugaan dan cabaran,
yang sering kali menjenguk,
mengetuk ruang hati,
mengoncang keimanan.
menduga kesabaran,
terkadang,
mahu sahaja aku kalah,
mahu sahaja aku pasrah,
namun mengenang hidupku untuk berjuang di jalan-Mu,
ku tabahkan jua,

Ya Allah,
berilah kekuatan,
berilah kesabaran,
hanya dengan kekuatan-MU,aku kuat..
hanya dengan kesabaran-MU,aku sabar..
untuk menjenguk esok hari,
yang bakal aku jalani,
entah bagaimana,
sedangkan lautan hari ini bergelora,
bagaimana pula seterusnya,
adakah bakal tenang,
atau menghancurkan pantai hati,
sudah ku serahkan arus lautah kehidupanku,
hanya pada-MU,
moga Engkau tak sekali,
biarkanku lena dibuai mimipi,

Ya Allah,
terima kasih atas dugaan-MU,
kerana ia buatku tidak hanyut,
buatku terjaga,bangun dan sedar dari lamunan panjang,
aku tak sendiri,
aku masih ada ALLAH..

Ya Allah,
sungguh biarpun,
berjuta hempasa ombak,
memukul pantai hati,
menghancurkan kapal iman,
tetap ku kukuhkan kembali,
dinding-dinding cinta,
ku tutup rongga-rongga keputus-asaan
kerana hanya nama-MU,
dan dengan cinta kasih-MU
mampu buatku tersenyum kembali,
di tengah lautan ini..

_pelangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya