Rakan Blogger

Tunang,,satu kelonggaran???

 Assalamualaikum..rasanya dah lama dah tak menulis di blog ni..dah bersawang dah... ^_^
rasanya..tak lambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA dekat semua yang sambut..yang puasa tak cukup..jangan la nak raya over2 sgt ye.. :)

tiba2 teringin nak bercerita2 mengenai isu ni..

kalau orang tanya kenapa tiba2 nak tulis pasal cinta ni??
jawapannya..hanya satu.. PEDULI..
peduli akan masalah yang dihadapi sahabat2 yg kurang faham akan konsep tunang itu sndri..jadi diri yang serba kekurangn ni..mncuba untuk menaip serba sedikit pndpt dan mmberi pncerahan setakat yg di ketahui...

___________________________________________________________________________________

MISS hoT 1 : I dah tunang dah,alhamdulilah...kami tak 'couple da sekarang'.. tak de lah dosa SANGAT kn..

MISS Hot 2 : Really!,,,good for you...lepas ni tak ada org nak pertikai couple haram...sebab you dah tunang,bukan couple pun...kan darl..

MISS hoT 1 : betul tu betul...kami dah TUNANG,so..boleh la TEXTING sampai lebam,,CALLING sampai telinga berdarah sekalipun...

MISS Hot 2 : happy la you... i nak tunang jugak la.......seronok gitu.. tak dosa...

MISS Cool : wait..wait..wait...siapa kata tak dosa... layan text bawah ni dulu.. okay girls ^_^

beginilah persepsi masyarakat dan remaja di luar sana yang menganggap bahawa pertunangan merupakan sebuah kelonggaran dalam sebuah perhubungan,.
mengikat tali pertunangan bukanlah sebuah "lampu hijau" bagi sesiapa sahaja tidak kiralah lelaki atau perempuan untuk berhubung..

TETAPI hakikatnya..............

pertunangan adalah sebuah amaran yang kepada pasangan yang berjanji untuk bernikah agar ada persediaan ke alam perkahwinan yang bukan soal mudah atau kisah cinta monyet sekolah menengah.. tetapi tanggungjawab besar yang bukan hanya melibatkan dunia tapi keadaan di akhirat nanti.
pertunangan hakikatnya tidak memberi apa-apa kelonggaran kepada perempuan dan lelaki kerana kenyataannya mereka masih BUKAN MAHRAM dan peraturan dan ikhtilat antara keduanya tetap berlaku walaupun telah bertunang..

BERTUNANG??
persediaan ke alam perkahwinan...soalan lazim...

perempuan...
-solat dah cukup?
-ibadat sunat dah konsisten?
-cinta pada ALLAH lebih dari cinta manusia?
-mahir memasak dan kerja rumah?
-dan lain2 lagi..

lelaki
-solat jemaah istiqamah?
-fasih membaca al-quran?
-mampu memdidik isteri menuju syurga?
-mampu menjadi iman?
-cuukup persediaan(rezeki datangnya dari ALLAH jua)

so...fikir-fikirkanlah...

__________________________________________________________________________

islam bukankah agama yang penuh dengan SEKATAN DAN PERATURAN,
tetapi PENAJAGAAN DAN KESELAMATAN..

kita lihat...didikan islam itu sendiri membawa kepada sebuah benteng perlindungan diri sendiri dimana setiap peraturan ALLAH ada hikmah dan keindahan disebaliknya..

GADIS..apa gunanya duri pada tangkaimu,
andai ia tak mampu melindungi bungamu,
andai dirimu yang indah,dipijak kaki,
maka hilanglah harummu..
hilanglah kehormatanmu...


_pelangi setelah hujan_

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

bagaimana ALLAH mendidikku melalui ujian-Nya..(tarbiyah itu indah)



"saya nak bunuh diri!! tak ada siapa yang dapat halang saya. ujian ni terlalu berat untuk saya. saya tak mampu"

"ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan dia mampu menghadapinya"(al-baqarah:286)

nauzubillahminzalik..begitu lah kebiasaanya seorang manusia yang putus asa mengakhiri masalahnya iaitu dengan kematian sedangkan mereka lupa bahawa ada kehidupan selepas mati iaitu kehidupan abadi..



assalamualaikum..bagaimana ALLAH mendidikku melalui ujian-Nya..kadang kala kita sering menganggapnya sebagai satu bala bencana sedangkan jika menelitinya dan memahaminya kita dapat mengerti bahawa itu salah satu tanda kasih ALLAH kepada kita.

sisi pandangan seorang  manusia..

ujian datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan yang mampu kita sedari atau pun tidak. ujian terbahagi dalam dua bahagian iaitu ujian zahir dan ujian batin.




Ujian zahir

ujian lahiriah ialah ujian yang dapat dilihat,dirasa dan dalam keadaan yang nyata.
ujian lahiriah biasanya bentuknya kepapaan, kemiskinan, kecatatan, kesusahan, kehilangan harta benda dan macam-macam lagi yang berbentuk kebendaan dan keduniaan. 

"adakah kamu akan menyangka bahawa kamu akna masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kalangan kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan(oleh bahaya musuh), sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: "bilakah(datangnya) pertolongan ALLAH?" ketahuilah bahawa pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH" (al-baqarah:214)


Ujian batin

ujian batin berbeza sama sekali dengan ujian zahir, apabila ujian zahir itu sendiri dapat dilihat dan dirasa keberadaannya, namun ujian batin kebih kepada hal yang lebih abstrak dan menyangkut paut dengan emosi. ALLAH mengirimkan ujian batin seperti pertelingkahan,pergaduhan atau perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia,,begitulah pendapat saya.

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman," (Al-Imran:139)


Ujian terDahsyat(yang kita lupa akannya)

namun ada satu lagi ujian ALLAH yang kebanyakan dari kita memandang remeh. iaitu ketika berpalingnya ALLAH dari kita.

"di antara tanda berpalingnya ALLAH ta'ala daripada seorang hamba adalah Dia akan menjadikan hamba tersebut sibuk dalam perkara yang tidak bermanfaat sebagai bentuk penghinaan baginya". 
--Hassan al-Basri dalam 'Jami'ul Ulum wal Hikam';1/294--

Bagi mereka yang memilki ALLAH dalam hati mereka, ujian inilah yang paling ditakuti berbanding 2 ujian keduniaan seperti diatas, ketakutan bagi mereka apabila ALLAH menyibukkan mereka dengan keseronokkan dunia. sedangkan bagi mereka berdampingan dengan ALLAH lah hal terindah meskipun harus kehilangan dunia dan isinya.

Ujian..Ujian..apa patut saya buat?

Ujian datang dari ALLAH dan akan kembali pada ALLAH jua,maka kita harus menjalaninya bersam-sama ALLAH. berserahlah kepada ALLAH kerana kita tak punya siapa-siapa selain dia, Dia lebih mengetahui apa yang ada didalam hati kita dan pengetahuan-Nya melebihi apa yang kita sendiri tahu. 

"dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaf: 16)

nah,mudahkan..serahkan segalanya pada Yang Memiliki Segalanya. 


Senangla cakap,kau tak hadapi apa aku tengah hadap ni!!

:)
Allah telah menyusun setiap perkara dengan sangat indah, termasuk ujian buat hamba-hamba-Nya. ALLAH memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan masing-masing. setiap makhluk bumi pasti mendapat ujian yang berbeza-beza termasuklah mereka yang diberi kesenangan oleh ALLAH secara berterusan dan tanpa mereka sedari itulah ujian buat mereka. Maka bersyukurlah bagi mereka yang masih mendapat ujian kerana ALLAH masih tidak berpaling dari memberi peringatan kepada kita.


FInaL toucH!! ----> Doa senjata Mukmin

jangan menilai sesuatu dengan menggunakan hati kerana terkadang hati di kawal oleh nafsu dan membuat kita hilang bertimbangan namun buatlah keputusan dengan akal kerana akal yang sihat dan matang mampu membuat sebaik-baik keputusan.

bagaimana ALLAH mendidik ku melalui ujian-Nya,kerana setiap ujian yang ALLAH beri pasti ada hikmah disebaliknya,mengajar kita lebih sabar dan tabah,, ALLAH tidak menjanjikan hidup ini mudah tetapi ALLAH beritahu bahawa sesungguhnya Dia amatlah dekat dengan kita, satu-satunya tempat mengadu segala rasa dan saksi setiap air mata yang tumpah.
 
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (MUHAMMAD) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendalah mereka itu memenuhi perintahku dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran" (al-baqarah:186)

"dan Tuhanmu berfirman. "berdoalah kepada-Ku, niscaya akan keperkenankan bagimu" (Gafir: 60)

semoga ujian-Nya membuat cinta kita kepada satu-satunya cinta semakin menebal..amin.




_pelangi setelah hujan_



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

murtad?masalah kau...aku?apa peduli..

assalamulaikum,,

apa khabar semuanya...insyaALLAH dalm keadaan yang baik2 sahaja..
hari yang cerah dengan idea mencurah2..tapi teringat akan suatu tragedi jiwa yang sejak kebelakangan ni menganggu fikiran..tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak menulis berkenaan hal ni..
apa khabar iman??baik2 aje ke?.insyaALLAH sahabat semua masih istiqamah menjaganya..

---------------------------------

murtad?masalah kau..aku?apa peduli..
erm...
saya nak kongsi satu cerita yang bagi saya cukup menguncang keimanan dan hati saya sebagai seorang muslimah
murtad? zaman sekarang ni ramai yang dah tak peduli kalu ada orang yang murtad..bagi kebanyakan kita itu hal diorang dengan ALLAH kalau diorang nak murtad sekalipun..padahal ini masalah ummah..kite bertanggungjawb keatas mereka... mereka ni saudara kita..sedih rasanya melihat mereka seperti tiada haluan..ermm;;;speechless..
tapi tak tau berpa peratus umat islam memikirkan hal ni..

****tapi bayangkan jika suatu hari ALLAH menarik hidayah-Nya dari hati kita dan kita murtad(nauzubillahminzalik)..lepas tu..xde orang nak ambil kisah hal kita..
dan cakap perkara sama macam kita cakap dekat orang lain..
 "MURTAD? MASALAH KAU...AKU?APA PEDULI?"
dan kita terus meninggalkan ALLAH tanpa kita sedar..
berjalan dan terus berjalan..hanyut dalam dunia dan meninggalkan ALLAH..

see?hidup ni macam boomerang.."what ever you do,it would came back to you!"

so sya ada seorang kawan ni(kawan?ermm..lebih tepat kenalan) actually..tak berapa kenal pun..
tapi yang saya tau die murtad sebab seorang perempuan..hanya kerana PEREMPUAN(betapa perempuan itu sendiri fitnah di akhir zaman)
sya tak ada kudrat nak buat apa2..yang saya mampu hanya doakan dia..semoga kembali ke jalan ALLAH..
dan saya cuba tegur dia...(even tak kenal pun)..sya cuba kenali hati dia,cakap dekat dia walaupun dia tak pernah peduli dan lebih teruk dia marah .tapi segalanya kembali pada ALLAH jua..hidayah tetap milik-Nya..
apa apa pun kita jangan lah menghina mereka yang murtad..mereka mungkin tersasar dari landasan yang benar dan belum menjumpai dan merasakan nikmat CINTA ALLAH..kitalah contoh mereka..
sepatutnya kita membantu mereka..tunjukkan jalan yang lurus..
apa2pun..ALLAH nampak usaha kita...tetap berusaha membantu mereka..hasilnya..serahkan pada-NYA..Dia tahu yang terbaik..

"sesungguhnya engkau tak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi(supaya menerima islam) tetapi ALLAH jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya(menurut undang-undang dan peratura-Nya), Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang(ada persediaan untuk mendapat hidayah petunjuk)"
                                                                        surah al-Qasas:56
sekian...
_pelangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

cinta buat seorang UMAR




Cinta buat seorang umar,
Insan pembentuk peribadi,
Memberi cerminan islam sejati tak terbantahkan,
Tutur-katanya lebih indah dari senja,
Menyuluh ke dalam naluri hati yang sunyi,
Mengajar amanah dalam cinta,
Dan cinta dalam amanah..

Cinta buat seorang umar,
Dirinya pemegang tanggungjawab ummah,
Bukan ingin disanjung apalagi dipuja,
Cukup baginya zuhud dunia,
Dia jadikan dirinya seperti mutiara,
Tersembunyi di laut dalam,
Di dalam cengkerang keras tak mudah dilembutkan,
Meski oleh cinta hampa,
Sukar dijumpai dan ditemui,
Namun sinarnya tak pernah berkata bohong,
Dia tetap yang terbaik ..

cinta buat seorang umar,
cinta dia kepada ALLAH dan Muhammadnya,
mengalahkan segala cinta di dunia,
termasuk cinta kepada kekasih dunianya,
dia rela berpisah dengan dunia,
meninggalkan yang menjadi miliknya,
menolak yang diberikan padanya,
Menjadikan dirinya orang lain,
Orang lain dijadikan sebahagian dirinya,
meski terdidik dengan bahagia dunia sejak kecil,
namun ketenangan bersama cinta-Nya,
dan amanah yang baginya adalah nyawa,
tetap menjadi yang utama..

cinta buat seorang umar,
walaupun beribu tahun memisahkan kami,
namun bayang cintanya tetap mekar dalam hati,
menanti umar,umar dan bayangan umar yang lain,
pengganti generasi umar abdul aziz,
sukar untukku mencari,
namun tak mustahil,
kerana pasti percikan cahaya umar abdul aziz,
menyentuh wajah umar..umar dan bayangan umar lainnya..


cinta buat seorang UMAR ABDUL AZIZ,
mengajar untuk tetap berdiri sendiri,
menyerahkan segalanya kepada ALLAH,
bersabar akan ujian,
bersyukur akan kenikmatan,
tak melupakan yang satu dengan yang lainnya,
dia..
menjadikan amanah lebih berharga dari nyawanya,
kerana amanah diatas cinta itu,
yang membuat,
ada cinta buat seorang UMAR...






_coretan cinta_
Buat UMAR ABDUL AZIZ
Kasih sepanjang perjalanan..

                                                                                                                           _Pelangi setelah hujan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

tanda CINTA buat ALLAH

air mata bukan segalanya,
bukan pula untuk menagih cinta,
bukan juga untuk meminta simpati kasih,
hanya sekadar luahan kejujuran ,
aku rindu,
betapa sebelumnya,
aku belum pernah merasa begitu sebaknya,
sehingga membuat,
mataku buta,
telingaku tuli,
langkahku mati,
kerana betapa rindunya,
kerana aku benar-benar rapuh,
jujurku sungguh rentan,
mencari cahaya cinta yang selama ini menghilang,
bukan pada yang sementara,
tapi kekal selamanya,
bukan bualan kosong,
atau hanya kicauan burung bisu,
tapi benar-benar kurasakan,

mengungkapkan sesuatu memang mudah,
tapi amat sulit untuk merasakannya,
namun ini bukan sketsa diatas pentas lakonan,
bukan cerita dongeng pelipur lara,
tapi tali kasih abadi buat Dia,
tak mampu lagi menahan kerinduan,
hanya titisan-titisan gugur membanjiri hati,
kerana gundah rasa cinta ini tiada balasan,
tapi yakinku satu,
cinta-Nya tak pernah mengecewakan,
biar ku sendiri dalam diamku di dunia,
asalkan tak hilang kasih Dia,
kerana cukup hanya Dia,
membuat aku tenang menghadapi dunia,
meski lautan tangisan berdarah,
kerana mungkin ini,,
tanda cinta buat ALLAH..


_pelangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

kosong..

demi waktu yang berlari,
meninggalkan tenang jiwa,
berganti menjadi KOSONG,
aku yang dulu berusaha,
berlari,berjalan,merangkak,
hanya untuk meraih cahaya,
tapi setelah cahaya itu ditanganku,
aku biarkan ia padam.
aku endahkan kesempatan yang Dia berikan.
aku lalai dan lupa mendidik hati dan taqwa,
hingga ku rebah mencari cahaya,
meraba dalam gelapnya dunia,
tertawa dalam KOSONGnya jiwa,
aku hilang tenang itu,
aku hilang cahaya itu,
aku hilang cinta DIA,
aku KOSONG..KOSONG..KOSONG,,


meski kadang tak setia kepada-Mu,
namun dalam jiwa percayalah hanya Kamu.
satu pintaku dalam rintihku,
mohonku ingin kembali,
kembali dalam dakapan iman,
menyentuh indah cinta Dia,
aku tak mampu tanpa Dia,
Aku KOSONG jika begini,
maka aku mohon,
aku ingin kembali,
ku minta hati yang baru,
kerana hatiku yang dulu KOSONG,

apapun yang aku lakukan,
bukan kerana cinta pada diriku,
bukan kerana obses akan keinginanku,
bukan kerana mengejar duniaku,
bukan pula damba surga-Mu,
bukan juga gentar neraka-Mu,
cuma aku tak mampu,
cuma aku KOSONG tanpa cinta-MU..

tanda cinta buat ALLAH..

_pelangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Gelap dalam cerahnya Cahaya...

tatkala disana,
mentari menyimbahkan sinarnya,
mencelah diantara hijau dedaunan,
memberi setitik rasa sangsi dihati,
siapa pemilik jiwa ini,
siapa yang menguasaiseluruh diri,
namun akal mengalahkan konklusi hati,

hati ini seolah ingin,
berlari meredah belantara,
untuk mencari kebenaran,
adakah ALLAH benar-benar ada,
adakah Dia mencintaiku hamab-Nya,
namun mengapa dibiar dalam gelap,
mungkinkah Dia ingin aku mencari-Nya,

setiap saat ku cuba endahkan,
tapi ALLAH seakan memanggilku,
menyeru aku untuk kembali,
dalam keimanan dan keteguhan taqwa,
aku juga ternyata merasa rindu,
akan ketenangan jiwa,
yang pasti ku temui bersama-Nya,

Maka jika sudah saatnya,
akan ku ucapkan jua.
Tiada Tuhan selain ALLAH,
dan Muhammad PesuruhNya..
_pelangi setelah hujan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

suara embun..

tatkala mentari,
menyimbah bumi dengan sinarnya,
ku atur langkah ku,
memecah hingar bingar dunia,
dalam sunyi suaraku lirih,
menyentuh jantung bumi dengan titisan kepedihan,
menyeru jutaan manusia mencintai pemilik jiwa,
walaupun hanya unggas yang menyambut,
sedangkan manusia yang waras,
tak menggunakan akal untuk berfikir,
sekadar,
mengikut hati yang mati,

sinopsis hidup,
lakonan oleh watak-watak munafik,
sketsa perjalanan penuh kebohongan,
mencari kebenaran dalam gelap malam,
buih-buih ombak hilang tanpa kesan,
begitu juga rasa hati yang pedih ini,
meski sayu melihat kejahilan nyata,
tak mampu berbuat apa-apa,
menjadi patung mati,
untuk ditatap dan diperhati,
namun semua meludah penuh kebencian..

tak mengapa,
biar kutelan derita dakwah ini,
mencari secercak cahaya dalam segenap ruang dunia,
melantangkan suara embunku,
mencari solusi permasalahan dunia,
ingin sahaja aku menjadi pemilik hidayah,
agar dapat ku curahkan,
namun hidayah milik-Nya jua,
hanya suara sumbang dapat ku dengarkan,
berharap ada yang sudi mendengar,

segalanya kulakukan,
dakwah mentah ini,
pertarungan maruah,
semuanya untu DIA dan baginda,,
biar dipulaukan dunia,
tak mengapa,
selagi ku tak hilang Dia..

pelangi setelah hujan..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

pertemuan dengan si cahaya..

namaku pelangi..
lahirnya aku layaknya seorang manusia ..
telah berjanji bersumpah akan taat pada-Nya..
tapi lahirnya ku dalam kejahilan dunia..
menangis..merangkak..berjalan..berlari..
semuanya ku lakukan dalam kekufuran..
tidak mengenal siapa yang memberikan denyutan jantung dan hembusan nafas..
yang mungkin tanpanya aku mati..
menangis..
tangisan yang penuh dengan kebencian dengan ketaatan,
tangisan akan dunia yang aku kesali tak menurut hati,
tak bersyukur dengan hakikat diri yang hanya hamba..
merangkak..
penuh kebongkakkan..
tak sadar bahawa tangan,kaki ini anugerah yang maha kuasa,
berjalan..
melanagkah dengan kesombongan,
tak ingat akan mati yang sentiasa berlari mendapatkan ruh ku..
berlari..
dari kenyataan bahawa kau hanya seorang hamba yang harus tunduk dan menyerah..

aku membesar dengan kebebasan..
solat..ahh membunag waktuku..
puasa...meletihkan sahaja..
apalagi ibadat sunat..
tak langsung aku tahu..

sedangkan hakikatnya....
solat itu pertemuan ku dengan kekasihku..
puasa..indahnya hanya untuk mereka yang menghayatinya,

kekufuran itu menemukan sinarnya apabila bertemunya aku dengan cahaya..

BULATAN GEMBIRA kami..
itu lah kumpulan usrah kami...
pertemuan dengan sahabat usrah membuka mata yang tertutup..
dan mem'clorox' hati ku..
aku gembira..
kini...
aku bertemu dengan cahaya..
meskipun penuh perjuangan menujunya..
namun akan tetap berjuang..
jangan menyerah..hidayah ALLAH pasti ada!!!
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

demi sebuah pengharapan..

IKHLAS...
mampukah kita ikhlas..apakah kita benar memahami erti IKHLAS yang sebenar..??
ikhlas..bermaksud..melakukan sesuatu kerana ALLAH tanpa meminta balasan daripada manusia atau dunia(tu definisi pelangi la about dis topic)
pelangi nak supaya sahabat faham mengenai ikhlas supaya ungkapan ikhlas bukan sekedar mainan bibir tapi benar2 dirasakan dalam hati,,

IKHLAS..susah ke..
susah kalau kita tak faham dan tak nak faham mengenai keikhlasan
senang kalau kita melakukan segala apa pun kerana ALLAH..

ikhlas..melakukan sesuatu kerana ALLAH tanpa meminta balasan daripada manusia..
contoh ikhlas..
-memberi sesuatu tanpa meminta dibalas namun hanya pengharapan agar redha ALLAH digapai..
mengenai hal ini..pelangi nak beri contoh mengenai sedekah atau memberi sesuatu berbentuk konkrit kepada seseorang..
ikhlas..tak perlu ada orang lain yang mengetahui..
"menghindari tangan kiri mengetahui apa yang dilakukan tangan kanan"
biar ALLAH yang menilai..sejauh mana keikhlasan kita..atau sekedar untuk mendapat perhatian manusia semata..ketahuilah ALLAH memegang setiap hati..

seterusnya..suka pelangi nak terangkan mengenai hati dan perasaan..
adakah kita ikhlas menyanyangi seseorang..??
benarkah kita benar-benar ikhlas??
"aku ikhlas cintakan dia..kenapa dia tak terima cinta aku,aku ikhlas??!"
erm..tak..tak..ni bukan ikhlas..
kerana masih mengharap balasan dari manusia..
mujahiddahlah kerana ALLAH..
kerana ALLAH takkan berdiam diri dan tidak membalas pengorbanan hamba2-Nya..
jadi ikhlas untuk konteks ini..
mencintai kerana ALLAH...apabila orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita..
ikhlas..pengharapan pada ALLAH itu lebih indah..

pelangi suka nak kongsi kisah seorang hamba ALLAH..
yang memiliki hati yang cukup kuat..
mujahiddah melawan nafsu..
dia..mencintai seorang lelaki layaknya manusia lain yang memiliki fitrah jiwa yang rapuh dan mudah lemah dengan perasaan..
hatinya cukup lembut dan mudah dilentur hampir terluka..
mencintai seorang lelaki..perkara biasa...namun ikhlasnya dia..
dia sanggup ditolak lamarannya oleh lelaki tersebut..
dan dengan senyuman di menerima penolakan tersebut..baginya cintanya untuk mendapat keredhaan ALLAH..namun apabila ALLAH tidak mengizinkan dia..maka pasrah atas segala-galanya adalah lebih baik..kerana ALLAH ada rencana sendiri..
sekali dengar...perempuan lamar lelaki..
ya..kerana tak ingin cinta menjadi dosa..maka lebih baik sah untuknya..
kerana bukan dia tidak tahu malu tapi dia tahu apa yang dia mahu..
kembali kepada IKHLAS..
dia ikhlas menerima takdir ALLAH kerana pasti ada jambatan lain untuknya menuju cinta ALLAH..

so..apa yang pelangi nak beri tahu..
ikhlas tu memang senang apabila kita mengembalikan segalanya kepada ALLAH..
jadi ikhlaskan diri menjadi hambanya..

senyuman paling indah adalah senyuman orang yang masih mampu tersenyum walau ada luka dalam di dalam hatinya......

_peLangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Jika Aku Jatuh Hati


jika aku jatuh hati..maka berikan hati ini buat dia yang mencintai-MU..

doa pencari cinta ilahi dan insani..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

warkah hati untuk calon suamiku..

Assalamualaikum..w.b.t
warkah ini aku tujukan untuk calon suamiku yang aku tak tahu siapa dan dimana kau berada sekarang..
untuk calon suami yang telah ALLAH takdirkan untukku..bertemu denganku pada waktu yang tepat dan orang yang tepat..
calon suamiku..ku ingin kau tahu betapa aku sangat merindukan dan mengasihimu..


kasihnya aku bukan kerana keturunanmu..kerana apa yang ada dengan keturunan,,ia tak menentukan bertawqanya engkau kepada ALLAH..ia tak menentukan tingginya engkau disisi ALLAH.
kasihnya kau kepada engkau bukan pula kerana harta kekayaanmu..itu hanya pinjaman dan apabila Dia ingin mengambilnya..bila-bila masa Dia dapat melakukannya.
kasihnya aku bukan juga kerana rupa parasmu dan kacaknya engkau..kerana semuanya takkan kekal dan kan berubah seiring waktu..
aku juga tak miliki wajah secantik pelangi..seindah bulan purnama,dan tak menawan seperti matahari terbenam..
namun yang pasti akan ku jaga akhlakku..agar aku layak menjadi pendampingmu..
kasihnya aku kerana agamamu..agama yang kau pegang dan cintanya engkau kepada ALLAH,
jika hilang agama dari hatimu..maka hilang jualah kasihku kepadamu..
jika hilang cintamu kepada ALLAH maka hilang jualah kesetiaanku kepadamu..


wahai calon suamiku..
diri ini tak sempurna..cela di merata..
namun siapa aku mendamba kesempurnaan..sedangkan kesempurnaan hanya milik ALLAH..
yang mampu aku janjikan untukmu adalah kesetiaanku..


maafkan aku...
sebelumnya..telah ku tigakan cintaku untukmu..
kerana cintaku kepada ALLAH lebih besar berbanding cintaku untukmu..
dan kerana cintaku kepada kekasihku RASULLULLAH lebih besar berbanding cintaku untukmu..
dan moga kau lebih mencintai ALLAH dan RASULLULLAH berbanding aku..


wahai calon suamiku..
ku menerimamu..kelebihanmu..kekuranganmu..
dan terimalah aku..lebihnya aku..kurangnya aku..
kerana cintaku kepadamu hanya kerana ALLAH..


jadi..akan aku jaga diriku sebaik-baiknya..
akan aku jadi seperti epal yang tinggi di atas pokok..
siapa yang ingin memiliki dan mendapat aku..maka harus dia berusaha..
bukan seperti epal yang berada di bawah..yang mudah digapai oleh sesiapa..
akhir kata..akan ku tunggu hadirnya engkau dengan penghambaanku kepada ALLAH..
moga ALLAH mempertemukan kita dan menyatukan kita di bawah lindungan rahmat-NYA


waalaikumusalam..w.b.t


_peLangi setelah hujan_

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

sempurna-Andra and the backbone(cover)

Kau begitu sempurna,
dimataku Kau begitu indah,
Kau membuat diriku akan selalu memuja-Mu

disetiap langkahku,
kukan selalu memikirkan diri-MU,
tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cinta-MU...

janganlah Kau tinggalkan diriku,
takkan mampu menghadapi semua,
hanya bersama-Mu ke akan bisa,

Kau adalah darahku,
Kau adalah jantungku,
Kau adalah hidupku...
lengkapi diriku..
oh ALLAHku..Kau begitu..
sempurna..sempurna..

Kau 'gengam' tanganku,
saat diriku lemah dan terjatuh,
Kau 'bisik'kan kata,
dan hapus semua sesalku..

janganlah Kau tinggalkan diriku,
takkan mampu menghadapi semua,
hanya bersama-Mu ku akan bisa,

Kau adalah darahku,
Kau adalah jantungku,
Kau adalah hidupku...
lengkapi diriku..
oh ALLAHku..Kau begitu..
sempurna..sempurna..

dedicated to my beloved ALLAH...<3

_peLangi setelah hujan_

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

rintihan hati umat MUHAMMAD



dakwah itu menjadi tangungjawab setiap yang memegang kalimah LAILAHAILALLAH..
tapi hal itu hanya tinggal sebagai kata-kata kosong atau bualan kosong..
apabila ditanya tentang dakwah..
jawab mereka.
.bukan tanggungjawab aku la..aku muda..suruh la yg da tua..
aku tak ada ilmu..nnti salah cakap..
aku tak mampu..aku tak alim macam orang lain...

tapi mampu ke kita melihat??

tika islam yang mudah dipersulitkan..
tika islam yang mudah itu dipermudah-mudahkan..
tika perempuan tak mengenal erti malu,
wajahnya tidak lagi menjadi rahasia tetapi santapan mata pria,
tika para remaja yang seharusnya berjuang fisabillilah,
menjadi hamba cinta dunia dan jauh dari ALLAH,
tika tangisan para ulama tak kedengaran dek kesedihan yang tak mampu dibendung,
melihat kemungkaran menjadi hal biasa,
tika dinding masjid lebih banyak dari jemaahnya,
laungan azan seolah radio buruk,
tika manusia lebih terdorong mengejar dunia daripada menyahut seruan azan,
tika urusan kahwin dipersulitkan hingga ramai bayi terkorban,
ibu bapa termakan hasutan barat sehingga hancurnya anak2,
tika ibadat dibuat dengan badan tidak dengan hati,
tika semua makhluk ALLAH bosan dengan islam..
dan memilih jalan mudah....

aku hanya mampu merintih ketika melihat semuanya..
hanya pada ALLAH jua aku serahkan segalanya..
kerana Dia mengetahui apa yang tidak aku ketahui...
_peLangi setelah hujan_
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Sami Yusuf - Asma Allah

betapa indahnya nama-Mu..hingga air mata pun tak mampu mengusir kepiluan..





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

kahwin?? muda lagi la...2



kahwin..muda lagi??
adakah itu alasan yang dijadikan untuk ber'couple'
no..no..pelangi tak setuju..
so..check it out..





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

kahwin?? muda lagi la...



kahwin...tuntutan Rasullullah..
kahwinlah kerana ALLAH..
untuk mengelakkan zina..zina zahir..hati..mata..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Nyanyian yang mengejutkan penonton







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

cinta..sape kate tak boley??

Assalamualaikum..
asyik buat puisi je..kadang-kadang orang tak faham yang puitis2 ni..
lebih suka yang 'straight' katanya..
CINTA..remaja suka kalau bercakap tentang tajuk ni..ada yang merah pipi...tersipu malu...mulalah bayang kekasih hati yang tersayang..
rindu pulak datang menjelma...
tapi berapa banyak remaja yang bile sebut pasal cinta terus ingat pada ALLAH..
buleh kire dengan jari kot..
tapi ALLAH pesan..bersangka baiklah..(banyak kot)
hari ni teringin pulak nak bincang pasal cinta..
ada orang cakap kalau terlalu ingat cinta manusia,tak ada iman katanya..
bukan.........,sekadar untuk memperingatkan diri sendiri..

the Story begin


Ana ad seorg sahabt..nme dirahasiakan..
ada cerita pasal cinta dan kaple haram..
dan tawu ape...
dy terkejut saaaaaaangat..seolah2 pertama kali dengar hakikat ni..
sedih bercampur risau..
sedih sebab dia tak tahu dan risau sebab apa nak jadi dengan remaja islam sekarg.
Alhamdulilah..dia nak bg telinga dia untuk dengar ana membebel..
ermm..bahagianya dapat sampaikan sesuatu kt org lain..
dia jadi tkot..ana pun ckp..beruntung bagi mereka yang tkot melakukan kemungkaran..
die tnye..nk buat apa..ana jwb je...serahkan semua pada ALLAH...

hakikatnya memg mcm tu..serahkan semuanya pada ALLAH..tapi bukan bermakna goyang kaki duduk diam..
tapi usaha jaga hati,nafsu dan syaitan..

tu baru MUQADDIMAH JE....:)

yang ana nk ckp kt sni sebenarnya pasal cinta SEJATI la...
okeyh..apa mksud cinta SEJATI..cinta yng kekal abadi smpai bile2..
d' question is: cinta manusia sejati?
answer:tak sebab orang tu boleh tigglkn kite bile2 dy nak..sbb kite bkn ley tambat dy kt tiang tak bagi dia lari..tol x..

so...sape???
MUDAH..ALLAH la..
jom fikir kejap..

1.pernah tak ALLAH tinggalkan kite??
tak..sebab nengok ap yg ad pada kita skrg..ad mata,telinga,mlut..lengkap..so xde alsn utk xbrsyukur..Allah sntiasa ad utk kte,,wlupun kite xbosan2 buat dosa dn buat Allah kecewa dgn kita..tapi Dia tetap bg ksempatan kite utk hdup lg..bule je Dia xbg kte ksmptn nk hrup oxygen lg kn..kn..kn..

2.pernah tak Allah kecewakn kte?
tak sebab Allah ad berfirman..mafhumnya 
"Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." surah Ghaafir:60
so..dh terbukti..
cumaaaa...kdg2..bila kte doa dekat Dia..Dia tak bagi terus dpn mta..sbb Dia tahu wktu dan msa yg sesuai nk bg kite..ataauuu...kalau Dia tak kabulkan doa kite..sbb Dia yg nk bg yg lebih baik daripada ap yg kite minx..so no regret to be with HIM..
nk alsn lg..ley tnye dalm komen..

so..how about HUMAN??
tinggalkan..pastinya
kecewakan..sebilangan besarnya..

so u choose...

Seterusnya...sape lagi yg cintakan kita??
of coz..RASULLULLAH s.a.w

kenapa pulak??(soalan pelik untuk seorg yg da berpangkat muslim ye)
ermm...nk tak nk..kena jwb..
so we talk with proove..

kite umat akhir zaman..xde da umat slpas kita...
Baginda telah mengorbankan lebih dari hidup baginda untuk kite umatnya yg amat baginda cintai..
tapi dimana kita,,
adakah kita mlksanakn sunnahnya?..ap sunnahnya yg kita tahu?..adkh kita kenal shbt baginda?..adkh kita thu ap yg baginda suka?..enth2..biodata asas baginda pon kite tak hafal..
hah..jwb..jwb..xperlu jwb kt org sebelh..ckup tnye dri sndri..

BUKTI baginda mncintai kita(rsanya sume org da thu kot)

1.kisah bukit taif..kepala baginda telah berdarah hingga mengalir ke hujung kaki dan apabila baginda berjaln para shbt mndengar bunyi decakan air dlm ksut bginda..lalu jibril ingin menerbalikkan bukit taif agar umatnya yg derhaka akn mrasa azab..tapi kasihnya baginda pada kita..baginda melarang jibril melakukannya..dan baginda hanya berdoa agar pnduduk taif mndpt hidayah..doa baginda telh mnyebabkn semua pnduudk lngit menngis...(dlm hti ckp:ohye..kesiannye..lpas tu pgri buat mksiat lg..ermmm..nauzubillah)

2.wktu di padg mahsyar,baginda telah menyiapkan telaga untuk kita umatnya minum..

3. wktu baginda akn mnutup mata untuk selamanya,swktu bertarung dgn maut..masih menyebut..ya ummati,ya ummati,ya ummati..

erm.....so aplg kte nk eak??
tak cukupkah cinta yang begitu besar yg Allah dan Rasullullah beri..
betapa pengorbanan yg kte pon xdpt buat untk kekasih hati kite..

sabda Rasullullah "bargsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya,menjaganya, dan bersabar,Allah kan mengampuni dosanya dan memasukkan ke dalam syurga"
macam saidatina fatimah dan ali yg saling mncintai dalam dia...Akhirnya Allah menyatukan mereka dalam ikatan yg sah..sweeet kan....:)

konklusi...
sahabat..cinta tu fitrah manusia yang Allah sendiri kurniakan kepada kite..tp menzahirkannya yg haram pd yg hram..jd cintailah yg layak dicintai dan yg hak bagimu...
pintu maaf ALLAH tak pernah tertutup..jgn risau..

La tahzan,innallaha'maanna..Jangan bersedih,Allah sentiasa bersamamu..

sekadar coretan..wallu'alam..

_peLangi setelah HUjan_


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya

Rindu Seorang Hawa


Rinduku seorang hawa..
ketika bulan menjenguk malam,
ku sendiri di dalam jaga,
menyesali hati yang telah dicuri,
sedangkan ingin ku hanya milik ILAHI,
tak banyak dapat ku buat,
hanya doa dapat kupanjat,
moga ALLAH mematikan rasa ini,
kerana ia hanya mengundang derita dan kecewa,
sedangkan bagiku cinta ALLAH jua yang paling utama,

Rindu seorang hawa atau?
Rindu seorang hamba?
hati ini memilih Allah sebagai yang pertama dan terakhir,
namun terkadang syaitan lebih bijak,
mengusik,memperdaya hati yang rentan ini,
sedangkan aku tak berdaya,
melupus ingatan tentang dia,
hanya kepada Allah jua kuserah segalanya,
agar Dia dapat menunjukkan jalan sebenar,
dimana hidupku adalah sebagai hamba sahaya,
tiada kuasa dan kudrat menentukan,
siapa pemilik hati ini..


Rindu seorang hawa,
kudrat ku lemah,
aku tahu,
fitrah ku memang begitu,
tapi silapku,
membuka pintu,
sehingga fitnah itu datang masuk menjenguk,
menerobos ruang taqwa,
yang tinggal hanya kepingan iman,
yang cuba kukutip,
dan kusatukan kembali,
gundahku rasa ini mengundang murka-Nya,

Perjuangan ini,
akan kusembunyikan,kusimpan dalam-dalam,dan cuba kubersabar,
kerana ALLAH mengetahui apa yang tidak ku ketahui,
biar sendiri hingga akhir hidup,
asal kasih-Nya akan sentiasa menaungi diri,
kerana tiada cinta sebaik miliknya...

                      _peLangi setelah hujan_




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Saya